Pengurusan Pembelajaran
IRENE ANAK JOHN D20191088838 PRINSIP PENGURUSAN PENGAJARAN 1. Merancang Persediaan Pengajaran Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut fasa dan turutan persediaan yang rapi sebelum memulakan kerja amat dititikberatkan bagi memastikan setiap hasil atau produktiviti yang diperolah berkualiti dan menepati objektif yang telah disasarkan. Merancang persediaan mengajar dapat membantu melicinkan kegiatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat pelbagai kemungkinan yang akan dilakukan di dalam bilik darjah yang berkemungkinan akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan kelas berjalan dengan lancar, para guru haruslah bersiap sedia atau memersiapkan diri sebelum memulakan tugas mengajar di dalam kelas. Perancangan persediaan pengajaran mempunyai tiga komponen penting iaitu persediaan, penyampaian dan penutup. Dari segi persediaan, guru biasanya menggunakan kaedah set induksi seba...