Pengurusan Pembelajaran
IRENE ANAK JOHN
D20191088838
PRINSIP PENGURUSAN PENGAJARAN
1. Merancang Persediaan Pengajaran
Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut fasa dan turutan persediaan yang rapi sebelum memulakan kerja amat dititikberatkan bagi memastikan setiap hasil atau produktiviti yang diperolah berkualiti dan menepati objektif yang telah disasarkan. Merancang persediaan mengajar dapat membantu melicinkan kegiatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat pelbagai kemungkinan yang akan dilakukan di dalam bilik darjah yang berkemungkinan akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan kelas berjalan dengan lancar, para guru haruslah bersiap sedia atau memersiapkan diri sebelum memulakan tugas mengajar di dalam kelas. Perancangan persediaan pengajaran mempunyai tiga komponen penting iaitu persediaan, penyampaian dan penutup. Dari segi persediaan, guru biasanya menggunakan kaedah set induksi sebagai pra permulaan proses mengajar. Teknik pengajaran yang dijalankan mengikut kaedah pengajaran yang dipilih. Dari segi penyampaian pula, para guru melakukan teknik pengajaran yang berselang seli dengan bercerita dan sesi soal jawab bersama pelajar. Dari segi penutupan, guru akan membuat rumusan serta memberi kerja rumah kepada para pelajar untuki membuat penilaian terhadap pemahaman pelajar berdasarkan topik yang telah diajar.
2. Kepelbagaian Teknik
Dalam pembelajaran, guru haruslah mempelbagaikan teknik mengajar di dalam kelas supaya pelajar tidak mudah berasa bosan di samping untuk menarik minat pelajar untuk belajar di dalam kelas. Unsur kepelbagaian perlulah dititikberatkan dalam mempelbagaikan teknik mengajar. Sebagai contoh belajar sambil bermain, penggunaan media ektronik, teknik bercerita dan boneka. Kepelbagaian teknik ini tidak khusus kerana setiap matapelajaran tidak mempunyai kaedah yang tertentu untuk digunakan untuk mengajar. Bukan itu sahaja, sesetengah matapelajaran tidak memerlukan kaedah khusus untuk digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang paling diutamakan adalah untuk pelajar memahami setiap perkara yang diajar oleh guru di dalam kelas. Contohnya, matapelajaran Bahasa Melayu tidak mempunyai kaedah yang tertentu untuk digunakan oleh guru untuk mengajar pelajar terutama sekali dalam bahagian tatabahasa. Pelajar haruslah belajar dengan lebih tekun dan fokus di dalam kelas kerana Bahasa Melayu tidak mempunyai rumus untuk memudahkan pemahaman pelajar mengenai tatabahasa. Dalam mempelbagaikan teknik mengajar, faktor seperti masa, jumlah pelajar, bahan dan tahap kesukaran amat dititikberatkan sebelum sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Hal ini dikatakan demikian kerana kebolehfahaman pelajar adalah berbeza-beza. Tidak semua pelajar dapat mengangkap segala perkara yang diajar oleh guru dengan cepat. Terdapat juga segelintir pelajar yang lemah dalam pembelajaran maka, usaha guru untuk memeastikan pelajar faham sesebuah topik haruslah digandakan. Sekiranya pelajar terlalu ramai di dalam kelas, guru perlu menggunakan speaker dan mic untuk mengajar. Terdapat juga guru yang menggunakan kaedah laser di dalam kelas sambil berjalan mengelilingi ruang kelasbagi memastikan pelajar memahami segala informasi yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah.
3. Penglibatan Pelajar
Penglibatan pelajar membawa erti perbuatan atau hal yang melibatkan diri dalam sesuatu perkara. Dalam sesi pengajaran dan pembalajaran, penglibatan pelajar amatlah penting kerana hubungan dua hala antara guru dan pelajar dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Pelajar perlulah bersikap lebih mesra dan terbuka dengan guru bagi menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih kondusif. Guru pula perlulah bersikap lebih profesional dan lebih memahami pelajar. Bukan itu sahaja, guru perlulah berfikiran lebih kreatif dalam mengendalikan suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar pelajar lebih minat dan tertarik untuk melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Interaksi antara pelajar dan guru amatlah penting bagi menghangatkan lagi aktiviti pembelajaran seterusnya menjadikan pelajar lebih memahami segala konten yang diajar oleh guru di dalam kelas. Penglibatan pelajar secara menyeluruh dapat membantu pelajar dari segi pemahaman mereka terhadap sesuatu matapelajaran sekaligus dapat merapatkan hubungan antara guru serta pelajar di dalam kelas. Penglibatan pelajar yang menyeluruh di dalam kelas dapat meningkatkan lagi interaksi antara guru dan pelajar kerana pelajar akan lebih kerap bertanya soalan, mengajukan pendapat, berhujah dan membantu rakan dalam sesuatu metapelajaran.
NOR SYAZWANI BINTI BAHARIN
D20191087857
4. Perbezaan individu
Setiap murid mempunyai keupayaan, minat dan bakat yang berbeza. Perhatian perlu diberi di atas kewujudan unsur kepelbagaian tersebut. Langkah yang boleh digunakan ialah memberi perhatian terhadap pelajar yang berbeza tersebut, mengulang-ulang isi, memberi latih tubi. Darjah kesukaran kurikulum perlu diambil kira bagi memastikan semua pelajar memberikan rangsangan atau aktif dalam kokurilum tersebut. Guru perlu peka kepada reaksi pelajar di dalam kelas seperti bising, resah, murung, tiada reaksi dan juga lesu kerana reaksi pelajar mencerminkan bagaimana pengajaran seorang guru. Guru juga perlu sentiasa muhasabah sepanjang proses mengajar dengan kercerdikan akal budinya. Ini kerana pemahaman dan penerimaan pelajar akan sesuatu pengajaran itu berbeza-beza.
5. Pengalaman sedia ada
Guru boleh mengkaitkan PDP dengan pemngalaman sedia pelajar. Sebagai contoh guru menanya berkaitan topik yang hendak diajar dengan pengalaman pelajar. Guru menyoal Kembali pelajar tentang pelajaran yang diajar pada hari semalam atau rewind semula topik-topik dari tingkatan atau semester lain dan lepas atau guru mengadakan soal jawab tentang subtopic lalu. Guru juga boleh menceritakan pengalaman mereka dengan topik yang hendak diajar.
Kata kunci akan sebelum memulakan pengajaran penting agar pelajar tidak terkejut menerima sesuatu pelajaran secara cepat dan drastik. Seperti pada hari ini guru memberitahu bahawa guru akan mengadakan kuiz pada keesokan harinya tentang topik-topik yang sudah habis dipelajari untuk menguatkan lagi pemahaman pelajar dan melatih pelajar agar tidak lupa akan pengajaran yang lepas.
6. Merangsang fikiran pelajar
Penting untuk mengetahui tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang sesuatu topik yang diajar. Oleh itu, guru boleh meransang minda pelajar melalui soalan, cabar minda, meminta pandangan pelajar. Untuk mencabarkan lagi soalan, guru boleh membuat provokasi terhadap jawapan pelajar yang pertama agar mengetahui kekukuhan jawapan pelajar tersebut dan bagaimana mereka buktikan jawapan mereka adalah betul atau salah.
MICHELINA ANAK MILET
D20191088803
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pengurusan Pembelajaran
Kepentingan pengurusan sekolah
1 Mewujudkan pembelajaran berpusat
Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku dan percakapan. Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori diutarakan bagi memastikan proses pelajaran dan pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada para pelajar.
Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, ia bertujuan untuk menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikiran aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberikan peluang kepada murid untuk memberi pendapat serta bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea yang kreatif serta mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid.
Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain daripada mereka menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza.
2. Pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa
Dengan adanya teknologi yang semakin canggih pada masi kini, para pelajar dapat melakukan proses pelajaran dan pembelajaran bersama guru mereka sama ada di rumah mahupun di mana sahaja. Dengan menggunakan kaedah seperti ini, murid dan guru dapat berkomunikasi serta menimba ilmu sebaiknya. Hal ini kemudiannya akan dapat menjimatkan masa kedua-dua pihak iaitu guru dan juga para pelajar. Contohnya, apabila seseorang guru tersebut menghadiri suatu ceramah atau menghadapi masalah untuk mengajar di sekolah, maka dengan cara menggunakan teknologi ini lah beliau dapat menggantikan kelas beliau dengan para pelajar beliau. Di samping itu juga, hal ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Hal ini kerana masa dapat diurus dengan bijak serta ilmu ditimba dengan lancarnya. Hal juga kerana pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Namun hal yang sedemikian, hal ini amatlah memerlukan kerjasama antara dua pihak iaitu guru dan juga pelajar.
3. Meningkatkan prestasi kecemerlangan sesebuah sekolah
Pengurusan pembelajaran juga amat penting dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan sesebuah sekolah. Hal ini juga memerlukan pelbagai peranan dari pihak sekolah serta kerjasama daripada para pelajar dalam menjayakan peningkatan prestasi kecemerlangan berlaku.Guru memainkan peranan yang amat penting dalam hal yang sebegini. Sebagai contoh, guru perlulah menjadi ‘role model’ kepada para pelajarnya serta menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Dalam pada yang sama, guru haruslah mengenalpasti kelemahan yang ada pada para pelajarnya tersebut. Daripada kelemahan yang dapat dikesan daripada pelajarnya tersebut, dari situ guru dapat memberikan tunjuk ajar yang lebih baik kepada pelajar tersebut. Contohnya, mengadakan sesi kaunseling, memberikan latihan dan sebagainya untuk meningkatkan prestasi pelajar tersebut.
Seterusnya, guru juga boleh menggunakan kaedah yang lain atau lebih kreatif untuk digunakan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, murid akan lebih aktif dalam menimba ilmu pelajaran serta dapat fokus dalam sesi pembelajaran. Hal ini juga turut akan membantu meningkatkan prestasi mereka meningkatkan dalam sesebuah subjek apapbila mereka fokus terhadap sesuatu pembelajaran tersebut.
Di samping itu, komunikasi antara guru dan murid juga merupakan salah satu perkara yang amat penting bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan seseorang pelajar. Hal ini demikian kerana, pada masa ini ramai para pelajar yang enggan memberikan pendapat atau bercakap di hadapan guru mahupun rakan-rakan mereka. Jadi, guru haruslah memainkan beliau dalam memperbaiki kelemahan yang ada pada pelajar beliau tersebut. Hal ini akan membantu mengelakkan para pelajar menjadi pelajar yang pasif dalam kelas.
Rumusan
Dapat dirumuskan di sini bahawa pengurusan pembelajaran amatlah penting bagi sesebuah sekolah. Hal sedemikian adalah kerana pengurusan pembelajaran yang baik dan teratur akan menyumbang kepada peningkatan prestasi kecemerlangan sesebuah sekolah. Namun, hal ini juga memerlukan kerjasama daripada pihak guru dan pelajar dalam merealisasikan pengurusan pembelajaran yang baik. Tambahan pula, bukan sahaja pengurusan pembelajaran ini hanya difokuskan kepada bilik darjah sahaja malah persekitaran sekolah serta aktiviti kurikulum mahupun aktiviti luar pelajar juga turut diberi perhatian. Pendek kata, pengurusan pembelajaran ini adalah sesuatu pengurusan yang menguruskan situasi sesebuah sekolah.
SITI NORSUHAIDA BINTI MOHD MAZANI
D20191088738
CIRI PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Pengurusan adalah suatu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber yang lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. (Jamilah abdul hamid, norashimah ismail, 2005). Definisi pembelajaran merujuk kepada suatu proses interaksi didalam kelas antara pendidik denga pelajar. Pengurusan merupakan aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya(atau tabii) sudah dikenalpasti(Ahmad Mahdzan.2004). Manakala, menurut Robbins (1982) pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan unutk mencapai matlamat. Menurut Morris L. Bigge, (1982) pembelajaran merujuk kepada beberapa perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil daripada pengalaman dalam situasi yang tertentu.
Antara ciri-ciri pengurusan pembelajaran ialah peranan guru dalam mengurus pembelajaran. Guru perlulah mengetahui kategori pelajar yang berada di dalam bilik darjah. Hal ini kerana pelajar mempunyai perbezaan daripada pelbagai latar belakang, bangsa, agama dan jantina. Oleh itu, guru perlulah menghormati hak para pelajar dan tidak meyentuh isu perkauman bagi membina suasana bilik darjah yang harmoni di dalam kelas. Sebagai seorang pendidik, guru merupakan insan yang memainkan peranan yang besar dalam membentuk jati diri dan disiplin pelajar. Menurut Perkins (1992) guru bukan sahaja mengorbankan masa, sumber, dan tenaga dalam pengajaran malah mereka turut meluangkan masa untuk perkembangan dan peningkatan kemahiran serta ilmu dirinya.
Dengan mengetahui keupayaan murid yang berbeza, akan memudahkan guru untuk menentukan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Misalnya menggunakan Model Ekspositori. Model ini bermaksud memberi penerangan yang jelas dan terperinci. Kaedah pembelajaran ini ialah dengan cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.
Teknik ini harus dilakukan dengan baik bagi membantu pelajar mempunyai masa yang sistematik untuk belajar. Bukan hanya guru yang bertanggunjawab sepenuhnya terhadap masa pembelajaran pelajar, tetapi pelajar itu sendiri harus bijak menguruskannya. Pelajar sewajarnya mengimbangkan masa dengan baik diantara waktu belajar dan waktu riadah. Sistem pengurusan masa yang baik akan membantu pelajar untuk mengutamakan apa yang penting dahulu.
Pembelajaran ialah suatu proses untuk membentuk tingkah laku yang positif. Menurut Dr Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005) menyatakan bahawa pengurusan tingkah laku ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Oleh itu, murid-murid telah didisiplinkan agar mengikuti dan mengamalkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah. Selain daripada itu, guru haruslah menunjukkan interaksi yang positif sepanjang persekolahan misalnya membetulkan tingkah laku murid yang salah semasa di dalam sekolah kepada tingkah laku yang betul dan terpuji. Terdapat pelbagai tenik tingkah laku berkesan yang boleh dilakukan antaranya peneguhan, dendaan, time out, pengasingan dan reverse psychology.
Kesimpulannya, ciri-ciri pengurusan pembelajaran ini seharusnya tidak dipandang enteng oleh guru dan pelajar. Hal ini kerana pengurusan pembelajaran di alam persekolahan ini akan membentuk jati diri pelajar yang berakhlak mulia, baik dan terpuji.
SITI ZULAIKHA BINTI MOHD ZAINUDDIN
D20191088857
CABARAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN
· Berbilang kaum
Malaysia mempunyai pelbagai jenis kaum. Setiap kaum mempunyai Bahasa ibunda mereka sendiri. Mereka lebih cenderung menggunakan Bahasa ibunda mereka sendiri untuk berkomunikasi. Jika guru bercakap dengan laju, pelajar yang kurang fasih dalam Bahasa melayu akan tidak faham apa yang cuba guru sampaikan. Hal ini akan membuatkan pelajar tersebut akan tertinggal dalam mata pelajaran tersebut.
· Penglibatan pelajar dalam aktiviti
Sesetengah pelajar berasa malu untuk melakukan sesuatu perkara aktiviti, ini akan menyebabkan ramai pelajar tidak akan mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh guru. Walaupun mereka mempunyai bakat yang mendalam namun mereka berasa malu untuk menampilkan bakat mereka.
· Pelajar yang lemah dalam sesuatu subjek
Pelajar yang lemah dalam sesuatu subjek ini akan menyebabkan mereka akan ketinggalan subjek tersebut. Selain itu, mereka juga berasa malu untuk bertanya dengan guru mereka. Mereka lebih selesa bertanyakan soalan dengan rakan rakan mereka.
Comments
Post a Comment